
Forex Analysis
Semua forex traders sama ada amatur mahupun profesional akan menganalisa pasaran sebelum memasuki pasaran. Terdapat dua jenis analisa forex yang biasa dilaksanakan iaitu:
a. Analisa Fundamental.
b. Analisa Teknikal.
Analisa Fundamental
Analisa fundamental adalah analisa asas sebelum memasuki pasaran. Analisa ini adalah merangkumi pengetahuan am berkenaan pasaran dan ekonomi negara bagi matawang yang akan dipasarkan. Perkara asas yang perlu tahu adalah berkenaan USD kerana matawang ini digunakan secara meluas di zaman ini. Setiap dagangan yang berlaku di dunia sekarang adalah melibatkan perbandingan dengan nilai USD. USd amat mempengaruhi pasaran dunia pada ketika ini. Selain itu, trader mesti mengetahui masa-masa yang sesuai untuk memasuki pasaran forex terutama ketika pembukaan pasaran-pasaran penting dunia kerana waktu buka pasaran ini adalah tidak sama mengikut waktu GMT. Di dalam pasaran Forex terdapat jadual yang juga dikenali sebagai kalendar ekonomi (Economic Calendar) yang telah diaturkan oleh negara-negara dunia berkenaan ekonomi perkembangan ekonomi masing-masing. Terdapat banyak website yang memaparkan perihal ekonomi bagi membantu para traders. Contoh website yang popular adalah investing.com.
Analisa Teknikal
Analisa Teknikal adalah analisa yang menggunakan beberapa penunjuk atau indicator yang telah banyak dihasilkan oleh syarikat-syarikat broker mahupun individu bagi mengagak kebarangkalian perkara yang akan berlaku di dalam pasaran forex. Terdapat beribu indicator yang terdapat dipasaran. Ada yang dijual sehingga ribuan ringgit dan ada juga yang percuma. Trader bebas menggunakan Analisa ini adalah merangkumi pengetahuan am berkenaan pasaran dan ekonomi negara bagi matawang yang akan dipasarkan. Perkara asas yang perlu tahu adalah berkenaan USD kerana matawang ini digunakan secara meluas di zaman ini. Setiap dagangan yang berlaku di dunia sekarang adalah melibatkan perbandingan dengan nilai USD. USD amat mempengaruhi pasaran dunia pada ketika ini.