top of page

Forex Fundamental

Sebelum memulakan dagangan matawang ataupun forex, perlu untuk anda mengetahui beberapa terminologi yang biasa digunakan di dalam pasaran forex.

​

Dalam halaman ini, kita akan didedahkan dengan beberapa terminologi yang biasa dibicarakan oleh semua traders semasa menjalankan perdagangan forex ini. Dibawah adalah perkataan-perkataan yang memberi maksud tertentu bagi memudahkan dagangan dilakukan.

Bid price

Bid Price adalah nilai harga BELI (BUY)  yang didagangkan didalam pasaran forex. Ianya bermaksud bahawa pedagang forex apabila membeli matawang tertentu, nilai matawang tersebut dikenali sebagai Bid Price.  Bid Price hanya dapat dilihat di dalam trading platform.  

Ask Price

Ask Price adalah nilai harga JUAL (SELL) yang didagangkan didalam pasaran forex. Ianya bermaksud bahawa pedagang forex apabila menjual matawang tertentu, nilai matawang tersebut dikenali sebagai Ask Price. Ask price hanya dapat dilihat di dalam trading platform.  

Lot

Lot adalah suatu nilai dagangan piawai di dalam pasaran forex. Setiap lot berbeza harganya mengikut matawang. Kebiasaan nilai lot dikira berbanding dengan nilai USD.

 

Contoh:

1 lot GDPUSD = 13.3usd

1 Lot USDJPY = 10usd

PIP

Pip adalah 'Percentage in Point' iaitu satu nilai angka tunggal yang diukur bagi memudahkan pengiraan nilai naik turun dagangan matawang yang didagang. Nilai Pip berbeza mengikut matawang.

 

Contoh:

Matawang yang didagangkan = GDPUSD

 

0.01 Lot Std = 0.13usd per Pip

0.10 Lot Std = 1.33usd per Pip

1.00 Lot Std = 13.3usd per Pip

Spread

Spread adalah perbezaan di antara nilai bid price  dan ask price. Spread ini merupakan nilai keuntungan yang diambil oleh broker yang membekalkan paltform dagangan forex kepada pedagang forex. Setiap matawang yang didagangkan pasti ada nilai spread.   

Margin

Margin adalah jumlah wang yang didagangkan. Pada kebiasaan, margin yang digunakan untuk berdagang di dalam pasaran forex adalah sebanyak 10% daripada jumlah keseluruhan wang yang terdapat di dalam akaun forex. Perhatian terhadap margin ini amat penting bagi pedagang forex.

 

Contoh:

 

Jumlah keseluruhan wang yang terdapat di dalam akaun forex = 1000usd.

 

maka,

jumlah margin 10% adalah sebanyak = 100usd yang sesuai didagangkan.

 

ini bermakna, sekirannya:

1 lot = 13.3usd

7.5 lot = 99.75usd (margin yang ideal untuk dagangan.

Leverage

Leverage adalah satu nilai yang diberi oleh broker kepada trader. Nilai tersebut adalah berkali ganda daripada nilai yang didagangkan oleh trader. Nisbah leverage  setiap broker adalah berbeza daripada nilai 50:1 hingga 2000:1. Ini bermaksud, nilai yang didagangkan oleh trader sebenarnya digandakan sebanyak 2000 kali lebih tinggi daripada nilai sebenar. Ini adalah strategi pemasaran setiap broker bagi menarik traders berdagang bagi pihak mereka. Kecil atau besarnya Leverage mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Leverage besar memberikan keuntungan yang cepat begitu juga sebaliknya. Pemilihan Leverage bergantung kepada keselesaan traders. 

Bullish

Bullish adalah istilah yang digunakan bagi pasaran forex yang sedang menaik.

Bearish

Bearish adalah istilah yang digunakan di dalam pasaran forex yang sedang menurun.

Long

Long adalah istilah yang digunakan di dalam Forex bagi memberi maksud trader sedang membeli (buy) sesuatu pasangan matawang dan pasaran sedang meningkat atau menaik.

Short

Short pula adalah istilah yang digunakan di dalam Forex bagi memberi maksud trader sedang menjual (sell) sesuatu pasangan matawang dan pasaran sedang menurun.

Indicator

Indicator adalah terdiri daripada beberapa aplikasi petunjuk yang memberitahu kepada trader mengenai kedudukan pasaran yang sedang dan akan berlaku. Terdapat beribu indicator yang terdapat di pasaran. 

bottom of page